Saturday, July 21, 2012

I Love You :D

Assalamualaikum . hey peeps ! lamanya aku tak update blog . rasa malas nak update blog nie menjadijadi . sebab tu tak update . hihi . sorry blog ! aku nak story pasal kawankawan di Politeknik Port Dickson . haa , aku sekarang study dekat Politeknik Port Dickson . course Diploma Accountancy . alhamdulillah dapat juga peluang untuk sambung belajar . bak kata ibu aku , belajar dekat manamana semua sama je . yang lain nya cuma sijil . haha . apaapa je lah . asalkan study right ?


haa , nie nak story nie pasal kawankawan aku dekat politeknik nie . dulu , aku punya lah risau kalau aku dapat kawan yang tak elok perangai nya . sekarang , alhamdulillah aku dapat kawankawan yang satu kepala , satu jiwa dengan aku . aku rasa aku serasi dengan mereka . maklum lah , 3orang (termasuk aku) orang jawa . lagi sorang tu , orang melayu tulen . wahh ! haha . seriusly , masa mulamula kenal rasa segan dan silu lagi . sekarang , semua benda kami samasama . sweet tak ? haha . okay perasan . meh sini aku perkenalkan mereka .

nama dia Nur Qurratu Aini Binti Anuar . dia ambil kos Pemasaran . aku kenal dengan dia masa samasama tengah beratur nak jumpa pengarah pasal kamsis . tapi tak jadi jumpa pun . hihi . dia nie dah ada pakwe . haa , jangan mengorat dia eh . habis kau nanti kena terajang dengan pakwe dia . haha . okay lawak . masa mulamula nak berkawan , kitaorang tak banyak cakap . ibu ibu kami yang bercakap . maklumlah , kami nie pemalu orangnya . sebab tu tak berbual . haha . kan aini ? dia duduk blok Q . duduk dengan senior . samalah dengan aku . mulanya nak minta tukar asrama duduk dengan dia . tapi apakan daya , kang kalau minta nanti langsung tak dapat asrama , tak ke menangis kan . dia lah orang melayu tulen yang aku cakap tu . hihi . tapi dia nak belajar bahasa jawa . bila dia cakap bahasa jawa , sumpah kelakar gila . hari tu dengar dia mengulang percakapan bahasa jawa kitaorang , tergelak terbahakbahak aku dibuatnya . bak kata dia , slank melayu lah katakan . haha . apaapa pun , aini , thanks sebab sudi berkawan dengan aku . haha . and kalau nak tahu , perangai sebenar aku adalah seperti yang aku tunjukkan dia bilik As and Biela . faham tau ? haha . tapi tu baru sikit weh . belum berirama punyaa . HAHAHAHA . aku sayang kau :)

nama dia Nur Nabilah Binti Mohd Zainuddin . hah ! dia nie lah classmate aku . perangai dia , perghh ! sumpah buat aku boleh masuk Hospital Bahagia . sehari dia tak buat aku gelak , memang tak sah . dia orang jawa . haa , dia nie pun ada pakwe . dia duduk blok R sama dengan aku tapi dia duduk tingkat 1 , aku tingkat 3 . dia duduk dengan kawan aku lagi sorang , As . best gila dapat roomate yang dah kenal . kesian aku . tapi takpa , duduk dengan senior pun best apa . haha . weh biela . bulan puasa nie , jangan buat aku gelak besar weh . dalam bilik kau , jangan buat lagu berirama . haha . dia sendawa , punya lah kuat ! sama lah dengan aku . haha . dia nie seorang yang tinggi lampai . paling tinggi antara kami berempat . maklumlah , keding sangat kan . tapi , dia mengaku dia buncet (memang pun) . haha . kejam tak aku biela ? dalam class , aku mesti duduk sebelah dia . maklumlah , rapat sangatlah katakan . firstfirst , memang tak sangka aku sama kos dengan dia . sama blok dengan dia . alhamdulillah , mungkin rezeki kami right ? senang lah kalau nak pergi kelas semua . boleh je dengan dia . haa , lagi satu . dia nie kalau sehari tak bergayut , memang tak sah . kalau on the way pergi kelas tu , asyik menekan je . tak boleh langsung berpisah sementara . haha . menekan je kerjanya . HAHA . apaapa pun , aku sayang kau :)

the last one . hehe . speaking pula aku . hihi . nama dia Nur Asmiza Bt Sarpin . dia ambil kos pemasaran sama dengan Aini . kitaorang berempat tapi berpecah kepada dua apabila nak pergi ke kelas . hehe . dia nie pun orang jawa . tapi dalam kalangan kami berempat , dia lah paling pekat bahasa jawanya . kadangkadang aku tak faham apa yang dia cakap , even aku nie orang jawa . haha . pekat sangat jawa dia . tapi dalam kepekatan jawa dia tu , dia suka buat lawak dalam bahasa jawa . sampai aku terhantuk dekat simen . orang terhantuk dekat dinding ke apa , aku sorang je terhantuk dekat simen . tak ke gila tu ? haha . aku suka cakap loghat kelantan dengan dia . aku bukan lah orang kelantan . dia pun bukan orang kelantan . dia orang johor . kami belajar bahasa loghat . kan best right belajar loghat negeri lain . nampak lah semangat 1Malaysia #ehh , yeke ? hehe . dia nie kalau sehari tak membebel , tak sah . haha . membebel dalam bahasa jawa . best dengar dia membebel . mengingatkan nenek aku . haha . dia nie rajin . pandai menjahit lagi . aku nie kalau menjahit , rasanya tak terjahit baju tu . dia nie lah roomate Biela . sebab tu aku and Aini selalu lepak bilik dorang . apabila kami lepak , bermula satu persatu cerita kami bercakap . maklumlah , perempuan kan suka bercakap . hihi . kami juga suka menyanyi ! terpekik terlolong dekat bilik dorang . sebenarnya nak masuk AF tapi AF dah takda . itu yang menyanyi dalam asrama pun jadi lah . haha . okay sudah . aku sayang kau :)

haa , inilah antara kawankawan aku dekat Politeknik PD . seriusly , berkawan dengan dorang memang best . aku harap kekal sampai bilabila . aku sayang korang ! aku doakan kita semua bersamasama dalam waktu sedih ataupun gembira . thanks korang sebab sudi juga kawan dengan aku yang macam budakbudak nie . hehe . aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati korang ke apa ke kan . aku mana sedar . hehe . tegurlah aku kalau aku berlebihan . insyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka luas . haha . dahdah , baibai semua . yang baca entry nie , terima kasih banyakbanyak . iloveyou guys ^_^ assalamualaikum ~

Thursday, March 29, 2012

Zaman Persekolahan Itu Indah :)

assalamualaikum . hello ^_^ wahh , lama gila aku tak update blog nie . maklum lah , busy dengan pekerjaan sendiri . kerja apa ? laa , tak tahu ke aku tanam buah anggur dekat rumah ? ishishish . haha . haa , 21/3/2012 bersamaan hari rabu keluar sudah keputusan SPM aku . erm , alhamdulillah . okay juga lah result . tapi agak kecewa lah . apa pun , aku bersyukur ke hadrat illahi atas keputusan yang diberi oleh Dia yang diatas sana :) actually , bukan nak cerita pasal result kan . aku just nak cerita yang aku rindu dengan kawankawan sekelas aku . aduhh , geng aku ada yang kerja . so , tak dapat lah nak berkumpul samasama lagi dah . aku rindu saatsaat nie :-
1) Aku rindu dengan geng basikal aku . Cyka , Nab , Zyra , and Eryza . kami digelar geng BARA . ketua nya ? Nab lah . hihi . mulamula aku tunggu dekat depan rumah aku sebab nak tunggu nab . nab kekadang datang awal , kekadang datang lambat . masa dia datang lambat , dalam hati aku berdoa je 'ya Allah , kau selamatkanlah nab ya Allah.' itu je yang selalu aku doa . hihi . bila nab dah sampai . aku tengok muka dia . muka badmood or goodmood . kalau badmood , hati aku dupdapdupdap je . yela , takut weh nak tegur . kang dia marah aku , tak ke aku menangis kan ? HAHA . okay , kami pun melintas tunggu di jambatan depan kedai . masa nie kami tunggu cyka , eryza and zyra . dorang pun kekadang datang awal , kekadang datang lambat . lagilagi zyra . rumah dia dengan rumah aku taklah jauhnya sebatu . tapi , dia lah paling lambat . selalunya lah . haha . sorry zyra :p 


2) Selepas semua selamat sampai di jambatan . kami pun beredar dari jambatan tersebut . lalu kami ber'RACING' menggunakan basikal FIXOS kami . haha . eh , ingat korang je lah kan ada fixie ? kitaorang fixos okay . lain dari yang lain . okay , forget it ! bila sampai depan sekolah rendah , kami jalan seiring . maklumlah , 5kawan basikal fixos katakan . hihi . sampai je dekat sekolah , kami parking basikal . haa , nak tahu tak kitaorang kunci menggunakan 2kunci basikal sahaja okay . bukan 5 , tapi 2 sahaja ! gempak tak ? HAHA . takda lah . Cyka punya kunci basikal tu lebar , boleh muat sepuluh basikal rasanya . haha . takda , kidding . muat untuk 3buah sahaja . yang kunci basikal dekat cyka punya aku and eryza . lagi satu kunci tu , kunci zyra . itu kecil sikit . guna password tau . haha . haa , itu basikal zyra and nab je .


3) Sesudah itu . kitaorang pun pergilah perhimpunan . sekolah kitaorang nie , setiap pagi ada perhimpunan . banyak sangat info lah agaknya . haha . lepas tu , naik kelas tingkat 3 . great ! pagipagi lagi dah kena exercise . berpeluh sampai atas . sampai kelas je , semua minum air sebab mengah dan juga kepenatan .


4) Sampai kelas mulalah kami belajar seperti biasa . haa , kitaorang semua kelas 5 KEJORA . kelas kitaorang nie macammacam kerenah boleh jumpa . kalah dekat U tau . HAHA . kelas kitaorang juga digelar kelas mania . sweet tak ? haha . janganlah jealous :p Puan Warda lah guru kelas kami .


5) Aku rindu cyka , naz , nab , eryza , zyra , scha , fasya , myra , myen , nasrun , akid , fit , dan semua budak kelas aku lah . penat aku nak menaip . HAHA . 


# Korang , jangan kecil hati okay kalau aku buat entry nie macam annoying gila . sorry , aku just nak mengimbau pengalaman zaman sekolah aku yang aku rasa memang best . satu kelas kitaorang rapat . haishh , tak mungkin lah aku nak ulang balik zaman persekolahan nie kan . okay bai . #crying .

Tuesday, March 20, 2012

Ya Allah .

Ya Allah . Kau berikanlah aku , hamba mu ini keputusan SPM yang cemerlang agar dapat menggembirakan hati ibu bapa aku ya Allah dan supaya aku dapat menyambung pelajaran untuk mencapai impian dan citacita ku ya Allah . Amin ya Robbal Alamin ~ Permudahkanlah segala urusan aku dan temanteman ku pada esok hari .

Tuesday, January 17, 2012

its me ?

hello guys ! actually , aku buat blog nie dah lama . disebabkan aku tak introduce diri aku nie , so aku pun buat lah kan ? #aku tahu dah terlambat . haha . nama aku Nur Syahirah Binti Azani . umur ? 18 lah tahun nie . tapi kalau nak senang , aku lahir 3 disember 1994 . aku lahir dekat Klinik Damo . tahu tak dekat mana ? haha . pandaipandai lah korang cari yaa . aku adalah anak kedua dari dua adik beradik . kiranya , aku nie bongsu lah . ramai orang kata kalau bongsu je , manja . right ? actually , aku nie takda lah manja tapi manja juga kot ? #macam orang gila tengah bercakap . haha . nak tahu aku manja ke tak , tanya lah my dad and my mum ! wahahaa . anak yang pertama tu abang aku . nama dia Muhammad Sobri Bin Azani . nama ayah aku pula Azani Bin Mohammed Noor . ibu aku Siti Rosnah Binti Ismail . sedap kan nama mereka ? hihi . actually , nama aku dengan abang aku , parents aku ambil nama depan huruf 'S' . jadilah sobri dan syahirah . haha . okay aku dah start merepek . haa , dipersilakanlah tengok gambargambar yang sedia ada nie . hihi .
haa , inilah aku . okay , aku tahu ianya buruk . please jangan kutuk ? haha . aku saja je letak gambar burukburuk disini :p

 ini pula ibu dan ayah yang tersayang ~

ini dia gambar HERO MALAYA #nak muntah rasanya . haha . control macho gila ! by the way , dia abang aku okay . abang kandung ! a.k.a abang paling poyo nak mampos ! HAHA


perangai aku ? perlu tahu ke ? haha . erm , cuma boleh katakan . kalau aku tak dapat 1barang tu . aku akan berdiam diri sampai hati aku betulbetul reda . yeah ! haha . tak payah kot nak suruh aku describe banyakbanyak pasal aku . malu siot sebenarnya ! haha . tapi betul . aku tak tipu . perangai aku memang gitu . nak buat macam mana kan . tak percaya ? sudahlahh . haha . kadangkadang , aku nie happy kadangkadang muka seposen . lagilagi kalau aku tengah bengang ! perghhh ! rasa telinga aku nie panas . haha . dahdah . cukup lah tu .

ibu dan ayah :) haa , mereka lah hero dan heroin dalam hidup saya . seriusly , tanpa diaorang rasanya aku tak wujud dalam dunia ciptaan Allah SWT nie . ibu aku nie baik . kalau aku nak apaapa , aku bagitahu ibu aku sebab aku rapat dengan ibu aku . hehe . kalau nak hangout dengan kawan ke . ibu aku lah tempat aku bercakap . aku takut sikit dengan ayah . hehe . tapii ayah aku selalu beli kan handphone . huhu . rasanya tiaptiap tahun aku tukar handphone . bukan nak berlagak . tapi , handphone yang aku pakai mesti rosak . pelik kan ? even setahun aje guna . haha . ibu aku membebel tau aku beli handphone je . kalau aku dekat tempat ibu aku pun , aku akan buat benda yang sama . mana tak nya , membazir ! haha . sekarang aku baru pakai handphone samsung galaxy ace . ayah aku belikan . separuh duit aku , separuh lagi duit ayah . ini kiranya hadiah birthday aku la kann . aku tak tahu pun ayah aku nak belikan handphone malam khamis tu . tahutahu je , ayah aku bawa handphone balik rumah . aku buka dengan mulut tersenyum sampai ke telinga :D sampaikan ibu aku cakap , tahun depan tukarlah handphone lagi . HAHA ! enough !

abang aku :) dia adalah seorang yang suka menyakat orang . dia suka buli aku . asyik pukul aku je kerjanya . sampai terkeluar ayat bodoh , bangang or whatever lah kan . hehe . sorry bro ! haa , dia jealous aku dapat handphone ! haha . tapi aku lagi jealous tahu ! dia dapat lappy baru ! jenama ASUS . ayah aku belikan . katanya jenama nombor 1 . lappy dia yang lama , dia kasi aku . actually , aku tak kisah pun sebenarnya . aku tak berapa layan sangat lappylappy nie . mungkin sebab aku tak guna sangat kott . itulah perkataan yang selalu keluar dari mulut my bro tu . haha . sekarang dia study dekat UITM SERI ISKANDAR , PERAK . ambil kos DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH . sekarang dia sem ke 4 . sem 5 nanti dia praktikal dekat sini aje . KOT lah . dah itu saja :)

# menulis sekadar menghilangkan bosan yang melanda diri ! :D saya sayang mereka ^_^  haa ! tertinggal lagi 1 ! 
see muka dia ? haihh , sepesen aje gambarnya . haha . dia adik aku plus hero aku . jangan ganggu dia ! jangan curi dia ! kalau tak , saya sepak korang ! 

Sekian , terima kasih . OKAY BAIII :D

Sunday, January 15, 2012

H E R O ~

ohoiohoi ! haha . this is my superhero . even dia pengecut , dia lah tempat aku melepas kan geram dengan memeluk dia sekuat hati . nak tahu ? 
 muka tengok aje garang . tapi hampeh !


mengenangkan masa depan ~ haha !

# actually , aku bosan tahap kritikal sekarang . tak tahu nak buat apa , aku buat aje lah muka dia lagi sekali . HAHA .

Monday, January 2, 2012

hotel paling hampok !

assalamualaikum semua ! haa , sekarang nie aku nak cerita pasal ada la sebuah hotel nie yang aku duduk barubaru nie . hotel tu dari luar , perghh ! nampak macam best je . dalam ? puihpuih lah kot . aku duduk hotel nie barubaru nie je . actually , ibu aku yang booking . dalam gambar dekat internet cantik , kalau yang betulbetul punya macam apa je . takda lah buruk sangatkan . tapi kemudahan yang dia ada tu low gila ! bukan nak kutuk just berkongsi cerita . HAHA . first room 107 , aku dengan abang aku masuk . terdiam sebentar dan kami berpandangan serta tergelak . haha . semua okay . then , buka tv . biruu je . ingat cantik sangatlah . telefon operator dia kata nanti datang . tak datangdatang pun . try buka , tak boleh lagi . masuk tandas , flash pula tak boleh . aiyoo ! lastlast , ibu aku minta tukar bilik . dapat bilik nombor 137 . masukmasuk , okayy . tapi tv pula tak boleh buka . hitam je (tak ter'on' langsung) . haha . lepas tu , pintu pula tak boleh kunci . orang luar boleh buka sesuka hati . akhirnya , pindah ke bilik yang ketiga iaitu bilik 141 . haa , bilik nie okay sikitlah . walaupun tv nya tak okay sangat . aircond ? mulamula panas . abang aku siap kata macam angin je rasanya . sekali lamalama ambil kau , sejuk gila . so , situlah kami menetap selama 3hari 2malam . 


# saja suka suki nak update blog daripada bersarangkann . tak suka ? pergi lah kau jauhjauh sana !

Wednesday, December 28, 2011

dunia luar :)

hey blogger ! aku just nak update blog aku nie pasal something yang aku rasa akan aku lalui . actually , aku sangatsangat takut nak pergi ke dunia luar . means , nak kerja lah sambung study lah . sambung study ? mesti berpisah dengan family . aduhh , aku nie dah lah tak pernah nak berpisah . sehari dua tu boleh lah . ini setahun setengah . walaupun ada cuti sem and boleh balik , aku rasa aku macam takut sangat ! nak tahu kenapa ? bacalah :-


1) aku takut perangai aku berubah jadi yang tak baik . fahamfahamlah kan suasana belajar di U or kolej macam mana kan . kalau berubah kepada yang lebih baik , rasanya bersyukur sangatsangat . tahu kan remaja nie kebanyakkannya pengaruh kawan . bukan lah nak tuduh siapasiapa dalam hal nie , but you know right ?

2) aku takut aku lupakan kawankawan lama aku . kawankawan aku yang sekarang nie baik sangat dengan aku ! aku takut aku lupa diaorang . diaorang terbaik untuk aku . tak kisahlah kawan masa sekolah rendah or menengah . rasa macam happy je dengan diaorang . mogamoga aku dapat kawan yang macam tu . huhu .

3) aku takut aku tak dapat nak sesuai kan diri dalam suasana yang lain . mulamula memang susah , lamalama dah biasa . itulah orang sekeliling aku nie cakap . pasal hal nie memang aku tak ambil mudah pun . sebab aku tahu kelemahan diri aku nie . 

antara kelemahan aku :-
1.pemalu
2.nervous
3.senang nangis
4.lemah semangat
# itu aje kot . hehe

korang jangan salah anggap pula pasal nie . aku bukan apa . saja nak update benda nie . sebab aku nak tahu pandangan orang . korang boleh comment . taknak comment pun tidak mengapa . and , benda nie tiada kaitan dengan siapasiapa . cuma sesuatu suasana pembelajaran yang berlainan ataupun DUNIA LUAR :D